Rabu, 25 Februari 2009

A SAMAD SAID LEBIH RELA GELARAN SASTERAWAN NEGARA DITARIK BALIK

KOTA BHARU, 25 Feb (Hrkh) - Dato' A Samad Said tetap meneruskan perjuangan mendaulatkan bahasa ibunda biar pun gelaran Sasterawan Negara yang diberi kerajaan ditarik balik.

"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.

"Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.

"Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.

Malam ini beliau dijangka berceramah bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tokoh akademik Prof Dr Shahrir Mohd Zain dan anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah dalam siri ceramah Mansuhkan PPSMI di Padang Perdana.
Image
A Samad yang dikenali dengan panggilan Pak Samad terkenal dengan penulisan yang kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan.Image

"Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Beliau juga berkata, penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek Matematik dan Sains jelas melanggar akta pelajaran Malaysia kerana tidak membantu peningkatan penggunaan bahasa Melayu.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun.

"Setakat ini hanya PAS yang menganjurkan ceramah untuk menjelaskan kepincangan PPMSI dan sebab itulah saya memilih platform ini untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat," katanya.

Menurut beliau umurnya sekarang 76 tahun dan sudah sampai masanya memperjuangkan bahasa ibunda sebelum ia hilang di muka bumi.

Dr Shahril yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuh PPMSI (GMP) berkata, terdapat dua badan induk yang kini lantang menentang kerajaan dalam isu tersebut iaitu GMP dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).

Kata beliau Gapena telah menyaman kerajaan kerana meneruskan dasar PPSMI.

ImageManakala GMP pula akan mengadakan demontrasi aman di hadapan Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mengumpul 100,000 rakyat.

"Demontrasi tersebut akan diadakan pada 7 Mac ini dengan melibatkan pelbagai kaum dan NGO," ujar beliau.

Katanya juga tiada sebab untuk meninggalkan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Matematik dan Sains kerana di negara-negara maju, mereka terus menggunakan bahasa ibunda.

Misalnya dalam anugerah nobel fizik, kebanyakannya diterima oleh negara-negara yang mengamalkan bahasa ibunda seperti Perancis dan Jerman.

Selain itu kata beliau negara juga akan hilang kreativiti sendiri sekiranya menggunakan bahasa Inggeris dalam setiap aspek kehidupan.

Beliau juga berkata sebelum ini media harian tidak berani memainkan isu bantahan tokoh-tokoh akademik terhadap PPMSI, sedangkan bantahan itu berterusan dilakukan 13 NGO.

"Kini lima tahun diamalkan PPMSI, selepas Pakatan Rakyat serta NGO lantang membantah, barulah media harian membuat liputan agak meluas," katanya.

Menurutnya terdapat enam kajian dibuat pusat tengajian tinggi terhadap pelaksanaan PPMSI dan kesemuanya mendapati banyak kelemahan yang timbul.

Katanya juga PPMSI menafikan hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kerana lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya dari bumi Malaysia.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah, Ketua Pemuda PAS, Mohd Zaki Ibrahim dan Penolong Pengarah GMP Suhaizan Kaiat. - mj _Ugak Belian

Jumaat, 20 Februari 2009

JABATAN PELAJARAN PAKSA PIBG SOKONG PPSMI

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) - Setelah menyedari pelbagai pihak bangkit menentang dasar pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kini Kementerian Pelajaran dikatakan mencari sokongan secara paksa melalui ibu bapa.

Terbaru pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini diminta menandatangani surat yang berupa teks ucapan mesyuarat PIBG yang disediakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Mengikut sumber setiap pengerusi PIBG dipaksa menandatangani serta membaca teks ucapan yang telah siap ditulis oleh JPN ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat tersebut.

"Antara lain kandungan teks itu iaitu bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains.

"Tindakan JPN amat tidak adil kerana tidak memberi kebebasan langsung terhadap pengerusi PIBG membuat pilihan sendiri.

"Perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini di mana setiap pengerusi PIBG bebas berucap apa sahaja asalkan ia memberi kepentingan kepada pelajar dan sekolah," katanya yang juga pengerusi PIBG sebuah sekolah ketika ditemui di sini.

Menurutnya JPN cuba bermain sandiwara setelah menteri pelajaran diasak teruk di mana pelbagai pihak tampil menentang dasar PPSMI yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Kata beliau seharusnya kerajaan mendengar keluhan rakyat dan bukannya memekat telinga meneruskan dasar PPMSI.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan JPN Kelantan yang cuba memperalatkan PIBG untuk tujuan politik.

Isnin, 16 Februari 2009

PPSMI: KETUA PEMUDA UMNO BIDAS PEJUANG BAHASA MELAYU

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini dilaporkan membidas Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) kerana membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran atas dakwaan PPSMI bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996.

Hishamuddin dilaporkan mempersoal agenda Gapena kerana baru bertindak selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan.

Semalam, kira-kira 20 aktivis bahasa dan sastera mengiringi Ketua 1 Gapena Tan Sri Ismail Hussin ke Balai Polis Brickfields untuk membuat laporan tersebut.

Kira-kira 100 aktivis bahasa dan sastera berkumpul di pejabat Gapena di ibunegara semalam untuk menghadiri program khas bantahan terhadap dasar itu - dinamakan “Ratip Ratap Bahasa” - yang menyuarakan bantahan mereka melalui bacaan sajak dan pidato tokoh-tokoh bahasa.

Kenyataan Hishamuddin itu bagaimanapun dibidas kembali Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang turut memegang jawatan penting dalam GMP.

“Hishamuddin membidas tindakan Gapena membuat laporan polis dan juga memperlekeh tindakan GMP yang akan menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac depan.

“Demi masa depan generasi akan datang, saya mencabar Hishamuddin berdebat dengan GMP berhubung kesan pelaksanaan PPSMI terhadap generasi akan datang dan pemerkasaan bahasa Melayu di Malaysia,” katanya yang juga timbalan pengarah jawatankuasa pelaksana GMP.

Menjawab soalan, Dr Hassan mengakui bahawa program bantahan anajuran Gapena semalam tidak besar.

Beliau bagaimanapun menafikan ia menandakan bantahan terhadap PPSMI sudah mengendurnya.

Sebaliknya, Dr Hassan berkata, kemungkinan orang ramai mempunyai komitmen lain seperti bekerja pada masa itu.

“(Sokongannya) tidak sepi, tidak juga,” kata beliau yang juga pengerusi Yayasan Karyawan.

Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu juga belum pasti jumlah kehadiran yang akan berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong 7 Mac ini kerana belum mendapat statistik itu daripada penyokng mereka di peringkat negeri.

Rabu, 11 Februari 2009

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini kepada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap pada waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah iz inkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah-tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka kepadaNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta daripada kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Selasa, 10 Februari 2009

Dahsyatnya Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian mendapatkan songkok., kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk.

Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......

Jangan marah ....

Cerita Ilmiah (Tujuh Keajaiban Dunia)

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramida

2) Taj Mahal

3) Tembok Besar Cina

4) Menara Pisa

5) Kuil Angkor

6) Menara Eiffel

7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."

SPensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1) Dapat melihat,

2) Dapat mendengar,

3) Dapat menyentuh,

4) Dapat menyayangi,

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,

6) Dapat tertawa,

7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.